Syed Shahir Syed Mohamud sememangnya dilahirkan sebagai pejuang rakyat. Beliau terlibat dengan pergerakan kesatuan sekerja sejak awal 1970an. Sejak 1975, beliau mula berkhidmat di kesatuan pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu (kesatuan pekerja bagi pekerja-pekerja dalam industri automobile) di Shah Alam dan kini sebagai Setiausaha Eksekutif. Tanggungjawab lain yang dipikul ialah Ahli Lembaga Penasihat Pekerja Kebangsaan, Ahli Lembaga MTEN, Ahli Lembaga KWSP dan juga salah seorang anggota panel kepada Makhamah Perindustrian, anggota Akademik bagi ijazah MBA Universiti Tun Abdul Razak, anggota Majlis Penasihat Akademik bagi ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, anggota penuh Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), jawatan Timbang Tara (Panel of Arbitrators) bagi sejumlah kesatuan-kesatuan pekerja di Malaysia. Beliau ini menyandang jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), jawatan yang ditandingi sejak 1994 dan tewas kepada Zainal Rampak selama empat pemilihan. Penglibatannya dalam gerakan buruh juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa di mana beliau dilantik sebagai Presiden Majlis Kesatuan-kesatuan Sekerja ASEAN (ATUC). Dalam politik, beliau mula bertanding dalam pilihanraya umum sejak berusia 21 tahun pada tahun 1974 di bawah tiket Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Beliau menentang Timbalan Menteri Besar pada ketika itu, Beliau bertanding sekali lagi dalam Pilihanraya Umum 2004 di Parlimen Kelana Jaya. Tulisan beliau sering terpampang di setiap keluaran akhbar Suara PRM melalui ruangannya, Bicara Buruh.
|